Sinopsis Bukan Sekadar Lafaz

Syikin (Wanna Ali) adalah seorang pelatih yang baru bekerja di sebuah kafe yang terkenal. Semasa bekerja, dia bertemu dengan sahabat lamanya dari sekolah bernama Hud (Alif Satar) yang bertugas sebagai supervisor kepada Syikin di kafe tersebut. Kenangan lama yang terpahat pada zaman sekolah dahulu membangkitkan semula perasaan cinta yang terpendam di dalam hati Hud. Namun, Syikin kini bersama dengan seorang doktor bernama Dr Firman (Malek Mccrone).

Hubungannya bersama Dr Firman sangat dicemburui oleh adik tirinya Aein (Yuna Rahim), yang menaruh hati kepada Dr Firman. Perasaan cemburu ini membuatkan Aein menyusun rancangan jahat untuk merosakkan hidup Syikin. Syikin terpedaya dengan helah Aein yang mengakibatkan kehamilan. Akibat sangkaan tersebut, Tuan Zaman (Ahmad Idham) berang dan memaksa Syikin untuk berkahwin dengan Dr Firman untuk mengelakkan fitnah terhadap keluarga mereka.


Dr Firman rasa seolah dirinya dipermainkan lalu menolak permintaan Tuan Zaman. Menyedari situasi yang dialami Syikin, Hud kemudian menawarkan dirinya untuk berkahwin dengan Syikin untuk menyelamatkan maruah mereka sekeluarga.